Kaedah pentarikhan Kaedah_tentu_umur_dalam_arkeologi

Kaedah mutlak

Kaedah-kaedah pentarikhan mutlak bersandarkan penggunaan ciri-ciri fizikal sesebuah benda atau contoh untuk menghitung umurnya. Contoh-contohnya:

Kaedah relatif

Kaedah-kaedah relatif atau tidak langsung sering menggunakan perkaitan yang terbentuk daripada jasad pengetahuan kaji purba. Contohnya, penderetan. Walau bagaimanapun, kaedah relatif bersandarkan ikatan dengan pentarikhan mutlak dengan rujukan ke masa kini. Contohnya, dendrokronologi yang menggunakan proses mengikat kronologi kasar gelang pokok dengan merujuk silang bahan karya sedia ada.


Secara amali, sesetengah kes memerlukan penggunaan berbilang jenis teknik pentarikhan sekali gus, maka pentarikhan bukti untuk kebanyakan urutan arkeologi yang tercatat sewaktu penggalian memerlukan pemadanan maklumat dari kaedah-kaedah mutlak atau berkaitan dengan penelitian perhubungan stratigrafi.

Penanda bertulis

  • Epigrafi – analisis catatan dengan mengenal pasti abjad tulisan, menjelaskan erti, mengelaskan kegunaannya mengikut tarikh dan konteks budaya, dan membuat kesimpulan tentang tulisan itu dengan penulisnya
  • Paleografi – kajian penulisan purba, termasuk amalan mentafsir, membaca dan mentarikhkan naskhah-naskhah bersejarah
  • Numismatik – kebanyakan syiling terukir tarikh pengeluarannya, ataupun penggunaannya ternyata dalam rekod sejarah